Punca terbunuh Kebakaran hutan Victoria 2009

Api yang membakar hutan, kawasan perumahan dan jalan raya menyebabkan orang ramai terperangkap di rumah, di dalam kereta di jalan raya dan semasa mereka cuba memadam api yang mengganas. Api yang merebak dipercayai dari perbuatan khianat.Sesetengah lokasi puncanya hutan sengaja dibakar . Mereka ini boleh didakwa membunuh dengan niat, bergantung kepada bukti yang diperolehi. Banyak rumah di barat laut Melbourne musnah dijilat api. Institut Kajian Jenayah Australia pada Januari 2009 menyiarkan laporan yang menyatakan separuh daripada 20,000 hingga 30,000 kebakaran belukar yang berlaku di Australia setiap tahun telah dicetuskan dengan sengaja. Contohnya polis berjaya menahan lelaki berusia 31 tahun di Peats Ridge, ke utara Sydney kerana memulakan kebakaran. Ketua Menteri South Australia, Mike Rann,menyatakan sekurang-kurangnya 20 peratus kebakaran di negeri itu pada musim panas ini disebabkan perbuatan khianat manakala 20 peratus lagi berpunca daripada "kebodohan atau kecuaian.[9]

Angin kencang dan suhu melampau mencecah 46 darjah Celcius memarakkan api di kawasan luar bandar Victoria dan News South Wales. Semua pokok kering dan mudah dijilat api.[10]

Perdana Menteri Australia, Kevin rudd menyatakan kebakaran terburuk dalam tempoh 30 tahun. Ketika Queensland di utara berhadapan dengan masalah banjir, Victoria berhadapan masalah kebakaran hutan.Paras hujan di Queenslands ialah 350 milimeter menyebabkan banjir kilat di bandar Innisfail ekoran kenaikan paras air sungai. Insiden kebakaran Ash Wednesday pada 1983 yang mengorbankan 75 nyawa dan memusnahkan 2,500 buah rumah di tenggara Australia.

Pegawai agensi cuaca, Stuart Ord berkata, seramai 30,000 anggota bomba kini ditempatkan di Victoria, manakala 10,000 lagi di kawasan sempadan Australia Selatan. Unit-unit tentera dikerah untuk membantu 3,000 anggota bomba bagi mengawal kebakaran.[11]

Rujukan

WikiPedia: Kebakaran hutan Victoria 2009 http://www.news.com.au/heraldsun/story/0,21985,250... http://www.news.com.au/story/0,27574,25027063-1243... http://www.cfa.vic.gov.au/incidents/images/news_im... http://www.police.vic.gov.au/content.asp?Document_... http://www.abc.net.au/news/stories/2009/02/08/2485... http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=013... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.stuff.co.nz/stuff/thepress/4841601a6009...